Powered By Blogger

Ahad, 6 November 2011

wahai srikandiku sekalian..

Assalamualaikum w.b.t
sekadar peringatan buat srikandi Islam kesayangan hati

selepas ana tengok setting baru fb ini,
gambar-gambar yang terpampang, jelas besar tanpa perlu klik untuk lihat dengan jelas

ana ingin menyatakan disini..
wahai sayang-sayangku sekalian,
jika nak upload gambar muslimah, berpurdah, solehah, atau apa sahaja
pastikan gambar-gambar tersebut DI PRIVATE dari pandangan LELAKI

ana mohon,
PRIVATE kan segala gambar yang menunjukkan betapa solehahnya anda di kaca mata fb, hanya di sini,
tetapi fikirkan
bagaimana pandangan Illahi pada diri, yang dengan sewenang-wenangnya menyangkan gambar-gambar yang mudah dieksploitasi oleh insan bergelar lelaki?

dimana malu kita sebagai muslimah?
dimana harga diri kita sebagai muslimah?
dimana martabat kita sebagai muslimah?
adakah kita ini begitu murah, hingga dengan mudah gambar-gambar yang solehah dipaparkan di newsfeed fb?

ana jadi sedih, risau, takut dengan murkaNya
pabila ana hanya berdiam diri seakan redha dengan lambakan gambar-gambar muslimah solehah di fb ini.

ini adalah satu peringatan buat diri ana sendiri dan juga para srikandi yang amat disayangi.

utamakan pandangan Allah jangan gusar tentang pandangan manusia.

jangan lupa untuk PRIVATE kan gambar-gambar muslimah kalian~

ana sayang, atas dasar itu ana tegur

asif jika tersalah penggunaan bahasa hingga menyingguh perasaan srikandi sekalian..

wassalam~

Jumaat, 4 November 2011

wahai muslimahku...

assalamualaikum..
berikut adalah pertanyaan di antara kakak dan adiknya....

'wahai kakakku'
'kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?'
'asyik berteman tangis dan sendu sahaja'

'wahai adikku'
'bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya'
'tetapi disitulah adikku, kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki'
'menjadi izzah yang paling gah'
'bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki'
'kerana sendu rayunya, Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun'

'duhai adikku'
'lembut wanita itu bukan kerana lemah'
'tetapi senjata'

'namun wahai kakakku'
wanita itu fitnah dunia'

'pernahkah adikku dengar?'
'pesanan Ilahi pada hambaNya?'
"wahai lelaki-lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu.."

'cuba adik nilai'
'pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?'
'pada hamba yang bergelar Ar-Rijal'
'kerana andai si lelaki menjaga pandangannya'
'maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitrah pada dirinya'
'dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita'
'agar memelihara auratnya, kerana disitulah kehormatannya'
'bukan fitnah semata-mata jika Ar-Rijal dan An-Nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu'
"sesungguhnya wanita yang beriman solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh"

'tapi kakakku'
'kenapa wanita itu menjadi peragaan?'
'tidakkah mereka merasa malu?'

'wahai adikku sayang'
'Al-Haya'(sifat malu)'
'ada dalam diri setiap insan'
'wujudnya seiring nafas insani'
'dan Al-Haya' itulah pakaian iman'
'pada diri wanita itu indah Al-Haya' sebagai pembenteng diri'
'NAMUN'
'bila mana Al-Haya' itu lebur, imannya runtuh'
'kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?'
'kerana mereka sebenarnya paranoid'
'merasakan diri belum cukup menarik'
'mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi'

'namun adikku'
'wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu'

'wahai adikku'
'1001 keindahan penciptaan wanita'
'pandai-pandai lah dikau menilai'
'antara permata dan debu-debu kilauan pasir'

'wahai adikku'
'janganlah adik gusar'
'tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu'
'dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu, menggugurkan dirimu, menyembah tanah'
'sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabat...'

(semoga diri kita dalam lindunganNya)
Islam itu indah maka indahkanlah ia dengan akhlak yang mulia......
salam ukhwah
semoga Allah merahmati diri kita selalu, 
amin ya rabbal alamin...

DENYUTAN NADI SPM KIAN MENDEBARKAN...


Assalamualaikom sahabat2ku smua,,,di sini ana sbsgai khalifah ALLAH dimuka bumi ini yg byk melakukan dosa ini ingin meminta maaf seandainya ana ada melukakan atau mengguris hati antum2 smua secra sengaja atau secra tidak sengaja..maafkan diri ini yg serba kekurangan...doakan ana agar berjaya di SPM yg bakal menjelang...mohon ALLAH permudahkn urusan ana,,,doakan agar CANDIDATE spm mmmk leh jawab dgn tenang-stenangnya....INSYA-ALLAH....MAN JADDA WAJADA....

QALBU KU BERBICARA....

Mutiaranya tumpah lagi..
Mengenang kisah semalam yg tidak ternoktah..
Andai dapat kembalikan masa
dia memilih untuk tidak mengenalinya..

Tiada yg silap dlm mengenal fitrah..
tetapi sekeping hati ini begitu payah hendak dijaga..
semakin hati semakin kotor dgn perkara yg sia²

Kalau dulunya hatinya hanya memuji DIA,
Tetapi sekarang ia sudah pandai memuja dia..
Astaghfirullahalazim...
ampuni diri ini Ya Rabbul Izzati..

Ampunkan hati ini krn masih tdk terjaga..
Ampunkan hati ini krn masih hitam warnanya..

Ya Rabbul Izzati
Kalau cintanya lebih pd melaghokn jiwa dan jauh dr Mu..
maka ku pilih ditetapkan cinta hanya pdMu..
tetapi andai cintanya membawaku menuju pdMu..
Engkau aturkanlah yg terbaik pd kami sebagai hambaMu..

Aku yakin tiada yg slh dgn fitrahku..
tetapi ku takut fitrahku membawa fitnah buatmu juga diriku..
andai perancanganNya kau tercipta untukku..
InsyaAllah aku akn setia menunggu..

tetapi andai perancanganNya kau bukan milikku..
sabarkanlah hatimu dan redhalah dgn kehendakNya.
walau hatiku juga belum tentu mampu menerima
tetapi ku cuba untuk ikhlaskan jua
kerana DIA tahu yg terbaik bg hambaNya..

Sabar dlm penantian...