Powered By Blogger

Jumaat, 30 Disember 2011

lagu untuk teman...sempena tahun baru nie..aku tujukan lagu ni wat smua kwn2 ku yg ku syg....

ya ALLAH..jgn tinggalkan aku...!!!

Bismillahirrahmanirrahim..

“Ya Allah! aku hanya hambaMu yang kerdil lagi hina. Aku tidak bisa berbuat apapun kecuali mengharap hanya kepadaMu. Jika aku menangis, bukan kerana aku tidak redha dengan takdir dan ketentuanMu, bukan kerana aku terluka dengan ujianMu, bukan juga kerana aku berkecil hati denganMu. Sedang aku hanya seorang hambaMu yang lemah. Yang tidak punya apapun selain tangisan dan air mata, yang menemani setiap duka dan sakitku. Ku persembahkan air mata ini kerana cintaku kepadaMu ya Allah!"

"Ya Allah! Tangis ini adalah pengubat dukaku. Air mata ini adalah teman yang paling memahami akan diriku. Aku hanyalah seorang hamba yang lelah dalam perjalananku ini. Aku sangat penat ya Allah, penat memujuk hatiku. Penat untuk menangisi segalanya daripadaMu. Ampunkanlah aku ya Allah jika aku tidak beradab denganMu. Jika aku ini hambaMu yang tidak tahu berbudi dan tidak pandai bersyukur padaMu."

"Ya Allah, jadikanlah kesusahan dan ujian ini sebagai tarbiyah untuk aku lebih akrab denganMu, lebih mengharap padaMu dan lebih memerlukanMu pada segenap waktu dan ketika. Janganlah derita dan kesakitan ini membuatkan aku jauh daripadaMu."

"Aku redha ya Allah dengan tadirMu ini. Aku terima dugaan ini dengan sepenuh jiwa dan ragaku! Aku tidak pernah bersangka buruk padaMu, apatah lagi merungut-rungut akan jalan yang Kau bentangkan untukku. Jika di dunia ini terlalu banyak tangisan untukku, andai di dunia ini begitu banyak derita buatku, andai di dunia ini tiada bahagian untukku, Kau gantilah segalanya itu dengan keindahan syurgaMu di sana."

"Ya Allah..Aku tahu, Engkau tak pernah lupa padaku, maka jangan jadikan aku lupa padaMU."

"Ya Allah, aku ingin selalu bersamaMu. Selalu mengingatiMu. Aku rindu bertemu denganMu. Hamba redha ya Allah." jangan tinggalkan aku ya Allah..aku rindu saat bersama-sama dengan MU Ya Allah...aku rindu masa bertemu denganMu Ya Allah..aku rindu untuk bercerita denganMu Ya Allah..aku rindu untuk berkongsi suka duka ku Ya Allah...izinkan aku mencintai DiriMu Ya Allah...walaupun ku tahu aku tak layak....ampuni dosa-dosaku Ya Allah...terimalah diriku di sisi Mu...Ya ALLAH...Yang Maha Mengetahui Segala-galanya...

kerana bulu mata masuk syurga..



Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,


“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”


“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”


Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”


Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”


Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”


disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”


Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”


Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”


Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”


Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”


Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”


“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”


Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”


“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”


Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:


“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.., maka perbanyakkanlah kita dengan bertaubat dan tangisilah dosa-dosa yang telah kita lakukan dengan air......janganlah kita berputus asa dengan Rahmat Allah....sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
?

msj seorang kekasih kpd kekasihnya...

msj seorang kekasih kpd kekasihnya.....

permpuan: awk,nape awk x penah ajak sy tengk wayang,kuar jalan2,macam pasangan lain?

lelaki: saje....

perempuan:saje? awk malu ke nk kuar ngan sy?

lelaki: mana ada....

perempuan: nape kita tak penah gayut malam2 macm pasangan lain?

lelaki: sebab sy nk jimat kredit.....

perempuan: sampai hati awk....nape kwn sy panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awk tak pernah pun panggil saya ''sayang''?

lelaki: geli la perkataan tu....

perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat2 kekasihnya...beberapa minit kemudia dia menerima satu msj...

lelaki: sy tak penah ajak awk kuar tngk wayang n jalan2 sbb ti bila kita dh kawin,awk takkan rasa boring nak kuar ngan sy...dan sy nak saat tu nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dlm hidup sy.....saya x nak gayut ngan awk mlm2 bukan sebab sy nk save k dit ke ape tapi sy tak sy hanyut dgr suara merdu awk,biarlah sy mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya sy akn lebih menghargainya....sayaa tak panggil awk sayang bukan sy geli nak panggil tapi biarlah sy panggil awk ''sayaag'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awk takkan rasa bosan mendengarnya,dan dpt menjaga hati saya dari tergoda....saya sangat mencintai awk dan sy janji suatu hari nanti awk akan merasai ape yg orng lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri....

perempuan: sambil menangis(terima kasih bakal suamiku)aku sangat menyintaimu.....

Rabu, 28 Disember 2011

kHaS UtK NaJiHaH yG TrInGiN SgT2 Nk Taw...

kalau la tba2 ada sorg china dtg kpd kamu dn tya kmu 3 soalan ;
1) npa lu bca al-quran dlm bahasa arb sdgkan ada translate dlm bhsa melayu, lg la senang dn faham..
2) mcm mna nk tau kebenaran Islam..
3) kalo gua minat kat agama Islam mcm mna lu nak buktikan ALLAH e2 wujud..
agak2 .. apa yg anda nk jwb.... 
SELAMAT BERFIKIR..


jawapan nya....
1 : Mmg Al Quran tu dari bhsa arb , tp kna ade translate bhsa melayu,bnyk org xthu bhsa arb ni, kalau bace dlm bhsa melayu ? Mmg xsma ,len bunyinya .maka itu la translate taw.

2 : kbnrn islam dari segi kprcyaan - prcye kpd nabi, Allah dn Quran .dari situ mrka akn prcye yg trsurat ,mrka akn kaji dlm isi quran trsebut dari segi sainsnya .

3 : Allah itu wujud ,sbb itu Allah xnmpk ,kalau ALLAH tu nmpk apa akn jd ? Akn musnah Alam ini - Allah maha kuasa lagi maha tggi - tiada tuhan slain Allah. Tuhan mrka nmpk tp Allah kte xnmpk - itu kehbtn kte - tuhan kafir nmpk kenapa ? Sbb tuhan dye buat sendiri - iblis - ,sembh pahala..

ni dripada jawapan aiman adnan...jom kita lihat...acewaaahhhh......

1 : knapa x baca lam bahasa melayu? kerana itu hanya utk memudahkan umat islam mutakhirin memahami isi al-quran. dan diwajibkan setiap umat islam membaca dalam bahasa arab ketika sembahyang dan tidak sah sembahyang klu ayat alquran dibaca dalam alih bahasa. termasuk juga kepada mualaf yg bru masuk islam mereka digalakkan membacanya dalam bahasa arab dan diringankan kepada mereka utk membacanya dalam alih bahasa ketika sembahyang sekiranya mereka tidak tahu membacanya dlm bahasa arab dan diwajibkan kepada mereka melatih diri utk membacanya dalam bahasa arab.dan sekiranya telah mahir membacanya dalam bahasa arab mereka wajib membacanya dalam bahasa arab ketika sembahyang....sekian.....

2 :
macam mana nak tahu kebenaran islam?dengan menggunakan anugerah aqal yg diberikan oleh allah kepada kita utk mengkaji segala apa yang diciptakannya di dunia ini. terbukti pada masa kini contohnya: proses kajadian manusia diceritakan dalam alquran yg diturunkan 1400thn dahulu dan apabila dikaji oleh para saintis dan ilmuwan barat ternyata benar-benar belaka,sedangkan ianya telah diceritakan dalam alquran yang diturunkan 1400thn dahulu dimana pada masa itu tidak ada alatan canggih yg digunakan oleh para tabib untuk mensahihkan perkara tersebut....dan terbukti pada masa kini....setelah dikaji oleh ilmuwan dan para saintis barat dan mereka terpegun dengan al-quran .....dan terbuktilah bahawa agama islam itu benar.....

3 : macam mana nak buktikan ALLAH itu wujud? allah itu memang wujud.....dan hanya kita sebagai hamba yg lemah tidak boleh melihat akan ALLAH.....terdapat banyak benda dalam alam ini wujud tapi kita tdk boleh melihatnya contohnya: manis dalam susu ianya memang ada tetapi kita tidak boleh memperlihatkannya sebaliknya kita boleh merasakannya. begitu juga dengan ALLAH kita tidak boleh memperlihatkannya tetapi kita boleh merasakan akan kewujudannya......sekian.....


sekian shja yg hnya ana dpt menolong najihah yg sdg berada dlm kesusahan mencari jawapan itu...najihah baca lek lok...!!!

siapakah orang itu..

siapakah orang yang sibuk?, Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

oRaNg YG DiJanJiKaN SyUrGa..

Orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, mereka mendapat kebahagiaan dan tempat kembali yang baik" ( Surah Ar-Rad: 29)




Siapa orang-orang yang beriman tu..????
...................................................

Sungguh beruntung orang yang beriman,(1)

yaitu orang yang khusyuk dalam solatnya,(2)


dan orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna,(3)

dan orang yang menunaikan zakat,(4)
dan orang yang memelihara kemaluannya,(5)

kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela,(6)

Tetapi barangsiapa mencari di balik itu (zina dan sebagainya), maka mereka itulah orang yang melampaui batas.(7)

Dan (sungguh beruntung) orang yang memenuhi amanat-amanat dan janjinya,(8)

serta orang yang memelihara solatnya,(9)

mereka itulah orang yang mewarisi (syurga)Firdaus. Mereka kekal di dalamnya,(11)

> Surah Al-Mu'minun ayat 1-11 <


 Ikhwan dan akhawat sekalian....
Allah swt telah memberitahu kepada kita jelas dalam kitabnya yang benar..
Siapakah dia orang-orang yang beriman...
dan orang -orang yang beriman itu melakukan kebaikan dan amal soleh..
dan setiap amalan yang kita lakukan bukan untuk-Nya...
tetapi untuk kebaikan kita pada akhirat kelak...
Allah swt tidak menyuruh kita mematuhi perintahnya tanpa membalasnya...
kerana Dia telah menjanjikan kita yang beriman dan beramal soleh ...
Syurga yang abadi...

Dunia ni ibarat satu perhentian ....
mendapatkan bekalan untuk dibawa sepanjang perjalanan kita ke penghujungnya...
di mana akhirnya ada dua tempat sahaja 
Syurga atau Neraka...



Perjalanan kita masih jauh...~