Powered By Blogger

Jumaat, 16 Disember 2011

NiKAHI ANA JIKA BENAR CINTA

Assalamualaikum..

Kehadapan  Mukhriz,,Husna mohon maaf sebab menjauhkan diri dari Mukhriz.Terlalu pahit bagi husna untuk buat keputusan ni.memang lama kita berkenalan,berkawan,dan bercinta dari form 2 hingga kini..husna sayang hubungan kita..kalau boleh husna tak nak akhiri hubungan ni,,tapi mukhriz tau kan,bahawa ayah husna adalah pengajar al-quran di taman perumahan kami,ibu pula sering bercampur gaul dengan masyarakat.tindakan kita salah.memang kita tak pernah berdua-duaan..kita bawa adik masing-masing jika berjumpa.tapi wajarkah anak pengajar al-quran berkawan mesra dengan lelaki yang tidak halal baginya??lelaki yang bukan suaminya?

Mukhriz yang Husna sayangi,,husna rasa perit.husna tak nak berharap,husna takut husna kecewa jika jodoh tidak berpihak kepada kita.Husna tak dapat bayangkan andai akhirnya kita tak dapat bersama hingga akhir nyawa.bukan Mukhriz lelaki yang tak baik..Mukhriz terlalu baik.husna yang ingin mengakhiri hubungan kita.husna mengabaikan kasih sayang Dia,sedangkan Dia mewujudkan perasaan kasih dan sayang dalam hati setiap manusia..Husna melupakanNya,lupa bergantung harap padaNya sedangkan Dia Maha Berkuasa atas setiap ciptaanNya.

“Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia.”

Mukhriz,husna harap awak memahami.Maafkan Husna kerana meninggalkan Mukhriz.Andai kita berjumpa lagi,andai Mukhriz benar benar menyayangi Husna..bawalah Husna ke jalan Allah,jalan yang diredhai.Nikahi Husna jika Mukhriz benar benar mencintai Husna.Jadikan Husna kekasih halal Mukhriz..

Sekian sahaja coretan Husna buat Mukhriz.
Wasalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan